Pages

Kenyataan Media oleh : Izmir Fareez

24 Ogos 2018 Selepas kejayaan lagu pertama beliau berjudul 'Hanya Dia', penyanyi lagu ketuhanan, Izmir Fareez tampil pula dengan single kedua yang berjudul 'Kembali'. Mengekalkan konsep yang sama iaitu genre dan mood slow-rock tahun 90'an tetapi membawa mesej yang positif dan berunsur nasihat.

Melodi lagu ini sekali lagi dihasilkan oleh Akmalul Azmi, abang kepada Izmir Fareez, lirik hasil ciptaan Izmir Fareez sendiri dan susunan muziknya mendapat hasil sentuhan dari pemuzik terkenal tanahair iaitu Along Exists. Lagu 'Kembali' ini membawa mesej yang baik dan positif, mengisahkan tentang seseorang yang telah tersasar jauh dan telah sedar akan kesilapan diri, lalu ingin kembali kepada Allah dan fitrah insani. Kerana itulah lumrah kita sebagai manusia iaitu tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat serta kembali kepada Tuhannya.

Bagi yang ingin mendengar lagu ‘Kembali’, boleh dengar atau tonton di laman sesawang Youtube di channel Youtube Ada Exists Sdn Bhd, atau dengar di platform digital seperti iTunes, Spotify, KKBOX, Deezer, Joox atau anda boleh juga membuat permintaan lagu di stesen-stesen radio tanahair. Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan, boleh berhubung dengan saudara Imtiaz di talian 017 – 255 8834. Disediakan oleh, Imtiaz Simfoni. PR Executive.
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut