• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Inteam - Dia

Alhamdulillah & tahniah buat kumpulan Inteam kerana telah berjaya melancarkan video official single terbaru yang berjudul DIA di canel youtube malam tadi Jumaat 5.10.2018...
jom tonton video official ini & anda juga boleh dengarkan audio lagu ini dalam spotify, deezer, kkbox, joox & itune...
Share:

Kenyataan Media - RidzuanJaafar

Assalamualaikum 
Sy Ridzuan Jaafar ada menghasilkn single solo yg berjudul "Munafik Cinta"
Lagu/lirik : RidzuanJaafar
Music: Amar
Live guitar : Along exist
Live violin : Ude (GegarVaganza)
Mixing/mastering : Along exist
Studio : ada studio
Terbitan : RiF edutainment

Lagu ini menceritakan ttg sikap manusia yg selalu lupa pd pencipta meskipun seringkali ungkap kata taubat. 
Lagu ini diilhamkn dr kisah Shbt nabi yg Mulis bernama Hanzalah ( Hanzalah Munafik).
Dlm bait lirik lagu ini juga diselitkan hadis Nabi ttg dua kegembiraan utk org yg berpuasa iaitu yg kedua dpt melihat Wajah Allah disyurga..( Allahurobbi.. alangkah bahagianya kita andai dpt bertemu dgn yg maha pengasih dan penyayang,,yg maha mencipta,maha memelihara, Maha mentadbir alam ini...) 

"Kasih ku tahu Kau disana..
Ku mohon dpt melihat wajahMu..."

Terima kasih andai NasyidFm sudi Sebarkan mesej ini

RidzuanJaafar
01139161290
Share:

Kenyataan Media - Azwar Rif

Dengan lafaz Bismillah,

Terimalah single solo yang pertama berjudul Barakallah oleh saya Azwar R-iF. Lagu ini niat asalnya adalah untuk mengajak para pengunjung yang hadir di majlis-majlis walimatulurus sama-sama mendoakan pasangan raja sehari dengan doa Barakallah.

Disamping itu juga adalah tanda penghargaan Azwar R-iF kepada pelanggan-pelanggan yang memberikan kepercayaan kepada R iF EDutainment Resources untuk mengendalikan majlis perkahwinan khasnya dengan Pakej Selawat termasuklah Pa System Walimah & Dj yang berkonsepkan hiburan mendidik jiwa yang dikendalikan sendiri oleh Azwar R-iF.

Harapan agar lagu Barakallah diterima umum & membantu masyarakat terutamanya anak-anak kecil mahupun yang dewasa agar mudah mendoakan pasangan raja sehari. Bonus sekiranya radio-radio sudi untuk putarkan lagu Barakallah💖Azwar R-iF ini. Mohon maaf 🤗 sekiranya ada sebarang kekurangan dalam penghasilan lagu ini & sebarang komentar amatlah dialu-alukan. Terima kasih😍

P/s : Lagu Barakallah dendangan Azwar R-iF boleh diminta dimainkan di radio-radio Rtm seluruh Malaysia. Contohnya Nasionalfm, Klasikfm, SalamFm, Radio-Radio Negeri ; Pahangfm, Melakafm dan lain-lain serta Radio Online Nasyidfm.
Share:

Kenyataan Media oleh : Izmir Fareez

24 Ogos 2018 Selepas kejayaan lagu pertama beliau berjudul 'Hanya Dia', penyanyi lagu ketuhanan, Izmir Fareez tampil pula dengan single kedua yang berjudul 'Kembali'. Mengekalkan konsep yang sama iaitu genre dan mood slow-rock tahun 90'an tetapi membawa mesej yang positif dan berunsur nasihat.

Melodi lagu ini sekali lagi dihasilkan oleh Akmalul Azmi, abang kepada Izmir Fareez, lirik hasil ciptaan Izmir Fareez sendiri dan susunan muziknya mendapat hasil sentuhan dari pemuzik terkenal tanahair iaitu Along Exists. Lagu 'Kembali' ini membawa mesej yang baik dan positif, mengisahkan tentang seseorang yang telah tersasar jauh dan telah sedar akan kesilapan diri, lalu ingin kembali kepada Allah dan fitrah insani. Kerana itulah lumrah kita sebagai manusia iaitu tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat serta kembali kepada Tuhannya.

Bagi yang ingin mendengar lagu ‘Kembali’, boleh dengar atau tonton di laman sesawang Youtube di channel Youtube Ada Exists Sdn Bhd, atau dengar di platform digital seperti iTunes, Spotify, KKBOX, Deezer, Joox atau anda boleh juga membuat permintaan lagu di stesen-stesen radio tanahair. Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan, boleh berhubung dengan saudara Imtiaz di talian 017 – 255 8834. Disediakan oleh, Imtiaz Simfoni. PR Executive.
Share:

Konsert Untuk Mu Rasulullah Terengganu

Tarikh : 2 Nov 2018
9 malam

Dataran Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Share:

AutoDJ Request

Song artist:
Song title:
Dedicated to:
Your name:
Your E-mail:

Nasheed Player

Nasheed Stream
Loading ...

Nasheed Streamed

Loading ...

Follow E-mail

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Labels

Teman Blog

Pengikut